Tentang Kami
Kepakaran kami adalah menghasilkan Buah Nanas MD2 berkualiti sesuai untuk di makan segar. Kami juga menghasilkan buah untuk pasaran export ke luar negara.
Misi
Menjadikan Nanas MD2 berkualiti tinggi sesuai dengan kehendak pasaran tempatan dan luar negara.
Visi
Menjadi pengeluar buah dan benih sehingga mampu menjadi salah sebuah syarikat pengeksport Nanas MD2 utama di Malaysia menjelang 2030.
Nilai Utama
Sentiasa menjaga kualiti buah dan produk yang dihasilkan selain menjaga kebajikan pekerja.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
BEST SWEET PINE SDN. BHD
Datin Sri Dr Siti Alida Binti John Abdullah
Chief Financial Officer
- siti.alida@bestsweetpine.com
- https://bestsweetpine.com
- Best Sweet Pine Sdn Bhd
Dato Sri Abd Jalil Bin Hassan
Chairman
- abd.jalil@bestsweetpine.com
- https://bestsweetpine.com
- Best Sweet Pine Sdn Bhd
Muhammad Syafiq Bin Abd Jalil
Chief Executive Manager
- syafiq@bestsweetpine.com
- http://bestsweetpine.com
- Best Sweet Pine Sdn Bhd
PRA KATA PENGERUSI
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Best Sweet Pine Sdn. Bhd.
BSPSB ialah sebuah syarikat Bumiputera yang memberi fokus kepada peladangan Nanas MD2. Pihak kami juga turut menghasilkan sulur atau benih disamping produk – produk hiliran berkaitan nanas MD2.
Dengan pengalaman lebih 5 tahun syarikat dalam mengendali projek peladangan Nans MD2 ini, syarikat telah memperoleh rekod dan pencapaian yang baik, pihak kami yakin dapat menghasilkan buah yang berkualiti dan terbaik kepada semua pelanggan.
Saya berharap dengan penubuhan laman web ini dapat memberi info yang lebih jelas mengenai BSPSB kepada para pelanggan kami dan pelawat yang ingin mengenali kami dengan lebih dekat.
Dato Sri Abd Jalil Bin Hassan
Chairman
Best Sweet Pine Sdn. Bhd.